• 15 Oct 2024
  • Asas

12 Mata wang dengan nilai terendah di dunia pada tahun 2024

MDP-5403_1200x675_1_cover.png

Tahukah anda bahawa, di seluruh dunia, mata wang memainkan peranan yang sangat penting dalam ekonomi? Ia boleh memberikan kesan langsung terhadap kestabilan ekonomi dan juga perdagangan antarabangsa. Malah, ia juga mampu mempengaruhi kehidupan rakyat.

Jadi dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan kepada anda berkenaan beberapa mata wang yang mempunyai kadar tukaran yang terendah di dunia serta landskap ekonomi yang membawa kepada kemerosotannya di pasaran global. Bagaimana faktor-faktor ekonomi tersebut boleh menyumbang kepada penurunannya? Teruskan membaca sehingga selesai.

Trade sekarang

12 Mata Wang Dengan Nilai Terendah Di Dunia Pada Tahun 2024

Kemerosotan atau kejatuhan nilai mata wang adalah situasi bilamana suatu mata wang nasional mengalami susut nilai dan kadar tukarannya berbanding mata wang negara-negara lain menjadi lebih rendah.

Antara faktor yang mendasari masalah ini berpunca daripada masalah ekonomi bilamana permintaan terhadap mata wang berkaitan berkurangan justeru menjatuhkan nilai mata wang tersebut.

Pengertian mata wang dalam ekonomi

Dari perspektif ekonomi, mata wang adalah unit monetari yang berfungsi sebagai medium pertukaran nilai dalam setiap transaksi ekonomi.

Apakah itu mata wang?

Mata wang ditakrifkan sebagai unit monetari yang dikeluarkan oleh pemerintah atau bank pusat. Ia berperanan sebagai medium pertukaran nilai dalam transaksi jual beli dan kewangan.

Fungsi yang dimainkan oleh mata wang dalam aktiviti perdagangan sangat signifikan, tidak kira sama ada di dalam negara atau di peringkat global.

MDP-5403_1200x675_2.png

Berikut beberapa peranan mata wang dalam perdagangan antarabangsa:

  • Medium pertukaran: Bertindak sebagai alat yang memudahcara pertukaran barangan dan perkhidmatan, melancarkan urusniaga antara pembeli dan penjual tanpa melibatkan sistem barter.

  • Unit ukuran: Berfungsi sebagai ukuran standard bagi nilai barang dan perkhidmatan dengan memudahkan penguna dan pengeluar membuat perbandingan harga, anggaran bajet dan mendokumentasikan transaksi dengan lebih teratur.

  • Penyimpan nilai: Memudahkan individu dan entiti perniagaan menyimpan nilai harta mereka dalam suatu tempoh yang panjang.

  • Standard Pembayaran Tertunda: Melancarkan urusan transaksi yang berkait dengan pembayaran tertunda seperti hutang atau pinjaman di mana ia membantu meningkatkan keyakinan antara dua pihak: penghutang dan institusi pinjaman.

  • Alat Pengendali Ekonomi: Berperanan sebagai alat yang boleh digunakan oleh kerajaan dan bank pusat untuk mengawal dan menyelia ekonomi melalui dasar-dasar monetari dan fiskal seperti pelarasan semula kadar faedah atau pencetakan wang baru. Baca di sini Mendeposit dana ke akaun anda

Kriteria Penilaian Mata Wang

Penilaian mata wang merupakan elemen yang sangat signifikan dalam ekonomi setiap negara kerana ia mampu mempengaruhi urusan perdagangan antarabangsa termasuk pelaburan.

Terdapat beberapa kriteria yang diambil kira dalam menilai mata wang, antaranya kestabilan ekonomi, kadar faedah, inflasi dan situasi politik. Baca di sini Koin Quarter Mana Yang Bernilai Tinggi?

Elemen Utama Dalam Menentukan Nilai Mata Wang

Ini antara faktor-faktor utama yang boleh mempengaruhi nilai mata wang:

  • Caj Faedah: Keputusan untuk menaikkan kadar faedah oleh pihak bank pusat mendorong kenaikan permintaan terhadap mata wang nasional dan ini turut memberi kesan kepada nilai mata wang. Ia menarik kemasukan lebih banyak pelaburan asing lantaran prospek pulangan yang lebih tinggi dari aset kewangan domestik.

  • Pertumbuhan Ekonomi: Pertumbuhan ekonomi yang konsisten di sesebuah negara mendorong lebih ramai pelabur untuk membawa masuk modal mereka kerana peningkatan nilai mata wang yang positif. Mereka lebih berminat dengan ekonomi yang berkembang pesat disebabkan prospek pelaburan yang lebih baik.

  • Indeks Inflasi: Inflasi adalah satu keadaan berlakunya kadar kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan di sesebuah negara. Pelabur asing lebih berminat untuk melabur di negara yang mempunyai kadar inflasi yang rendah kerana ia memberi gambaran yang positif terhadap nilai mata wang buat negara tersebut.

  • Politik dan Ekonomi yang kukuh: Ekonomi dan politik yang kukuh antara faktor berlakunya kenaikan mata wang di sesebuah negara. Sebagai contoh, seandainya berlaku kegoyahan dalam politik dan ekonomi di Malaysia, pelabur akan berfikir panjang dan sukar membuat keputusan untuk melabur. Hal ini sekaligus akan merosotkan nilai Ringgit Malaysia.

  • Imbangan Perdagangan: Negara-negara yang lebih banyak mengeksport berbanding mengimport akan menerima permintaan yang lebih tinggi untuk mata wang mereka. Aktiviti eksport menjana bayaran dalam mata wang asing yang kemudiannya ditukarkan kepada mata wang tempatan.

  • Aliran Modal: Aliran keluar masuk modal bagi sesebuah negara itu juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan nilai mata wang negara tersebut. Misalnya sekiranya pelabur-pelabur asing mempunyai kepercayaan yang sangat tinggi terhadap ekonomi Malaysia, mereka akan cenderung untuk membeli ringgit. Secara tidak langsung ia membantu meningkatkan nilai ringgit. Baca lebih lanjut 5 Krisis Kewangan Global Yang Mengejutkan Dunia
Trade sekarang

Kaedah Penilaian

Kaedah biasa yang sering digunakan dalam menilai nilai mata wang adalah melalui kadar pertukaran. Terdapat dua jenis kadar pertukaran yang digunakan iaitu;

  • Kadar pertukaran tetap adalah satu mekanisme dimana nilai suatu mata wang ditambat secara langsung dengan suatu mata wang lain, sebagai contoh, dengan dolar Amerika Syarikat (USD). Secara teknikalnya, pihak kerajaan akan menetapkan satu nilai yang malar bagi mata wang nasionalnya dan mereka juga akan campur tangan secara aktif untuk mengekalkan nilai tersebut.

  • Kaedah pertukaran terapung adalah satu sistem nilai mata wang ditentukan oleh pasaran pertukaran asing melalui penawaran dan permintaan tanpa sebarang campur tangan oleh kerajaan atau bank pusat.

Artikel disini Maksimumkan Potensi Trading Anda Dengan Leveraj Yang Ditingkatkan Untuk Indeks

MDP-5403_1200x675_3.png

12 Mata Wang dengan Nilai Terendah

Perkembangan pesat ekonomi dunia menjadi antara faktor mengapa nilai mata wang beberapa negara semakin merosot. 12 buah negara dengan nilai mata wang yang terendah pada tahun 2024 adalah seperti berikut:

Nama mata wang

Rial Iran (IRR): Merupakan mata wang yang terendah kesan dari sekatan ekonomi ke atas negara tersebut. 1 USD = 42,062.52 IRR

Dong Vietnam (VND): Nilai mata wang Vietnam ini merosot dengan ketara akibat keterbatasan dalam pertukaran wang. Pelabur memilih untuk tidak menyimpan aset dalam mata wang ini kerana ia tidak banyak digunakan di mana-mana negara lain 1 USD = 25,380.00 VND

Leone Sierra Leone (SLL): Perang saudara yang berpanjangan diikuti dengan tercetusnya epidemik Ebola antara punca yang merencat pertumbuhan ekonomi dan kemerosotan berlarutan nilai mata wang negara tersebut. 1 USD = 22,509.52 SLL

Kip Laos (LAK): Tahap ekonomi di negara Laos yang kurang berkembang dan tidak menunjukkan sebarang kemajuan menjadi punca nilai mata wangnya semakin rendah. 1 USD = 21,268.46 LAK

Rupiah Indonesia (IDR): Kadar inflasi yang tinggi di Indonesia telah mengakibatkan kemerosotan daya beli dalam Rupiah dan ia menjadi salah satu faktor mengapa nilai mata wang rupiah menjadi sangat rendah. 1 USD = 16,195.60 IDR

Som Uzbekistan (UZS): Pembangunan yang sangat perlahan di negara ini menunjukkan corak yang sangat perlahan gagal meyakinkan para pelabur untuk melabur dan sekaligus memberi kesan yang negatif kepada nilai mata wang negara ini. 1 USD = 12,560.22 UZS

Franc Guinea (GNF): Masalah kadar inflasi yang sangat tinggi dan ekonomi yang sangat lemah memberikan impak negatif terhadap nilai mata wang negara ini. 1 USD = 8,560.00 GNF

Guarani Paraguay (PYG): Rentak kegiatan ekonomi yang sangat perlahan memberi kesan kepada kadar mata wang Paraguay. 1 USD = 7,463.87 PYG

Ariary Madagascar (MGA): Negara ini menghadapi isu inflasi dan juga ketidakstabilan politik sehingga berlakunya ketidakpastian dalam pasaran kewangan. 1 USD = 4,422.31 MGA

Pound Syria (SYP): Konflik yang tidak berkesudahan dan masalah inflasi yang berterusan menjadikan nilai mata wang Syria sangat lemah. 1 USD = sangat tidak menentu bergantung pada pasaran gelap.

Riel Kemboja (KHR): Salah satu punca nilai mata wang Kemboja menjadi lemah adalah disebabkan oleh penggunaan Dolar AS yang sangat meluas di Kemboja, iaitu lebih 80%, tidak kira sama ada untuk urusan harian mahupun perniagaan besar. 1 USD = lebih dari 4,000 KHR

Peso Colombia (COP): Colombia sering menghadapi defisit semasa dimana negara tersebut mengimport dengan lebih banyak berbanding eksport, secara tidak langsung meningkatkan permintaan terhadap mata wang asing sehingga melemahkan mata wang Peso. 1 USD = sekitar 4,000 COP. Mari baca lebih lanjut di 10 Matawang Terkuat Di Dunia Berbanding Dolar AS Pada Tahun 2024.

Sejarah Mata Wang Dengan Nilai Terendah

Pada tahun 2020, beberapa buah negara mengalami masalah kejatuhan mata wang yang berpunca daripada beberapa faktor. Ini termasuk kerana berlakunya inflasi, ketidakstabilan politik dan juga kebergantungan pada komoditi tertentu.

MDP-5403_1200x675_4.png

Contoh mata wang terendah pada tahun 2020

  • Rial Iran (IRR): Dikenalpasti sebagai mata wang dengan nilai yang terendah kerana berlakunya sekatan ekonomi yang dikenakan oleh negara-negara barat terutama sekali Amerika Syarikat. Sekatan tersebut turut memberikan impak yang sangat hebat terhadap eksport minyak Iran, komoditi dan sumber utama negara tersebut.

  • Rupiah Indonesia (IDR): Rupiah terus kekal sebagai salah satu mata wang yang terendah kerana kebergantungan negara itu pada eksport komoditi seperti minyak kelapa sawit dan arang batu.

  • Leone Sierra Leone (SLL): Ekonomi Sierra Leone sangat lemah kesan dari perang saudara dan wabak Ebola, menyebabkan nilai mata wang negara itu jatuh lebih rendah. Baca artikel mengenai Saham China kini termurah dalam tempoh 10 tahun!

Trade sekarang

Ramalan dan Masa Depan

Prestasi mata wang akan berubah bergantung pada beberapa faktor utama seperti dasar monetari, kadar inflasi dan juga situasi ekonomi negara masing-masing.

Perubahan mata wang pada tahun 2025 dan seterusnya

  1. Menurut portal Exchanges Rates, pada tahun 2025 Dolar AS (USD) dijangka akan terus kukuh namun dengan sedikit turun naik pada pola pergerakan kadar mata wang tersebuti gara-gara perubahan dasar kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed). Nilai indeks Dolar dijangka meningkat sehingga 104.71 pada hujung tahun 2025 dan ini mencerminkan betapa kukuhnya nilai USD berbanding mata wang yang lain.

  2. Untuk negara lain seperti Malaysia (MYR) dan banyak lagi, kadar pertukaran dianggarkan bakal menghadapi tekanan ekonomi dan inflasi yang sangat tinggi, namun campur tangan kerajaan bakal membantu menstabilkan nilai mata wang pada pertengahan tahun 2025.

Saranan untuk pelabur

Untuk menjadi seorang pelabur yang bijak, anda perlu memahami faktor-faktor fundamental ekonomi global, mendiversifikasikan portfolio, mendalami risiko geopolitik sesetengah negara dan memahami dasar monetari bank-bank pusat utama dunia.

Berikut beberapa cadangan penting yang diharapkan dapat membantu anda untuk membuat keputusan sebagai seorang pelabur:

  • Mengkaji dan Memahami Dasar Monetari Bank-bank Pusat

Perlu memahami dasar monetari ekonomi-ekonomi utama seperti Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan juga China.

  • Pendiversifikasian Portfolio

Sebagai seorang pelabur, anda perlu menilai semula portfolio anda dan mendiversifikasikannya agar ia terdiri daripada pelbagai jenis mata wang dan aset. Dengan memegang pelbagai aset dari mata wang berbeza, pelabur dapat mengurangkan risiko kerugian yang berpunca daripada turun naik mata wang di negara-negara tertentu.

  • Memberikan Fokus Pada Negara-negara Yang Stabil

Anda perlu tumpukan perhatian pada negara-negara yang stabil, baik dari segi ekonomi mahupun politik, dalam membuat keputusan pelaburan jangka masa panjang.

  • Membuat Perancangan Strategi Jangka Panjang

Anda disarankan untuk menerapkan strategi jangka panjang dengan melabur di negara-negara yang kukuh ekonominya di mana prospek anda untuk memperoleh hasil yang lebih baik adalah lebih tinggi. Melabur dengan perspektif jangka pendek, sebaliknya, sangat berisiko tinggi buat para pelabur. Baca artikel ini Strategi Trading Jangka Pendek Yang Berkesan

Kesimpulan

Mata wang memainkan peranan yang sangat penting untuk ekonomi sesebuah negara. Turun naik kadar mata wang dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti kestabilan politik, keutuhan ekonomi sesebuah negara dan banyak lagi. Sebagai seorang pelabur yang bijak, anda perlu sentiasa mengambil tahu dan mempertimbangkan faktor-faktor tersebut agar dapat membuat keputusan pelaburan jangka masa panjang dengan berhemah dan bijaksana. Untuk belajar lebih mendalam lagi berkenaan trading, layari laman web kami di Akademi FBS.

Daftar sekarang

Kongsi kepada rakan-rakan: