• 25 Oct 2024
  • Asas

Perbezaan antara makroekonomi dan mikroekonomi serta peranannya dalam dunia pelaburan

MDP-5572_1200x675_EN.png

Memahami perbezaan antara makroekonomi dan mikroekonomi adalah penting bagi setiap individu, bukan sahaja bagi mereka yang terlibat dalam dunia kewangan. Mengetahui lebih mendalam tentang perkara yang dicakup oleh kedua-dua cabang ekonomi ini membolehkan kita membuat keputusan yang lebih termaklum dalam pelbagai aspek kehidupan kita, baik secara peribadi mahupun profesional.

Oleh itu, dalam artikel ini, kami ingin memberikan pandangan yang lebih lengkap tentang cabang-cabang ekonomi ini supaya anda tahu dan lebih memahami peristiwa ekonomi, keputusan kerajaan, serta bagaimana semua ini boleh mempengaruhi keputusan pelaburan dan dasar ekonomi secara langsung. Dan juga, supaya anda boleh menyesuaikan diri dengan perubahan harian dalam dunia kewangan dengan lebih baik.

Apa perbezaan antara Makroekonomi dan Mikroekonomi?

Perbezaan utama antara makroekonomi dan mikroekonomi terletak pada aspek khusus yang diselidiki dan dikaji, topik-topik yang menjadi fokus utama, tahap dan skala analisis, matlamat akhir, dan aplikasinya dalam dunia nyata.

Makroekonomi

Mikroekonomi

Kajian ekonomi secara menyeluruh.

Berfokuskan individu.

Kajian trend ekonomi nasional dan global.

Berfokuskan individu, syarikat atau industri.

Berdasarkan data seperti KDNK, inflasi, dan pengangguran.

Menganalisis penawaran dan permintaan, keanjalan harga, dan pilihan pengguna.

Menganalisis indikator utama ekonomi, dasar ekonomi dan kesan jangka panjang.

Menganalisis hubungan antara harga dan kuantiti.

Digunakan untuk keputusan berskala besar.

Digunakan untuk mengenal pasti peluang pertumbuhan di peringkat syarikat.

Apa itu Makroekonomi?

Makroekonomi ialah satu cabang ekonomi yang mengkaji bagaimana ekonomi berfungsi secara keseluruhan, iaitu menganalisis agregat-agregat besar seperti KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar), inflasi, pengangguran, dan pertumbuhan ekonomi. Makroekonomi melibatkan analisis faktor dan dasar yang mempengaruhi prestasi ekonomi sesuatu kawasan serta kesannya terhadap kesejahteraan masyarakat. Selain itu, makroekonomi juga berkaitan dengan dasar fiskal (perbelanjaan dan cukai kerajaan) serta dasar monetari (kawalan wang dan kadar faedah) yang digunakan oleh kerajaan dan bank pusat.

Apa itu Mikroekonomi?

Mikroekonomi, sebaliknya, adalah cabang ilmu ekonomi yang mengkaji tingkah laku dan keputusan yang diambil oleh agen individu seperti pengguna, perusahaan, dan pekerja. Mikroekonomi memfokuskan pada cara agen-agen ini berinteraksi di pasaran tertentu, dengan tujuan untuk menentukan harga dan kuantiti barangan serta perkhidmatan, serta pengalokasian sumber yang terbatas untuk memaksimumkan kesejahteraan atau keuntungan mereka. Selain itu, mikroekonomi juga menganalisis fenomena seperti penawaran dan permintaan, keanjalan harga, dan struktur pasaran (persaingan sempurna, monopoli, oligopoli, dll.).

Trade sekarang

Makroekonomi dan Mikroekonomi dan Kesannya dalam Dunia Pelaburan

Jika anda seorang pelabur, atau baru mahu bermula menjadi pelabur, anda harus tahu bahawa melabur tanpa melakukan analisis ekonomi bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Kedua-dua makroekonomi dan mikroekonomi adalah sama penting jika anda ingin mengoptimumkan portfolio anda dan mengurangkan pelbagai jenis risiko.

Makroekonomi boleh diperhatikan apabila ekonomi menunjukkan tanda-tanda pertumbuhan, contohnya peningkatan dalam KDNK, di mana pelabur berasa lebih yakin dan memilih aset berisiko tinggi, seperti saham. Sebaliknya, jika inflasi meningkat atau terdapat ketidaktentuan politik, pelabur cenderung memilih aset yang lebih selamat, seperti emas atau bon kerajaan.

Di peringkat mikroekonomi, analisis lebih memfokuskan pada cara sesebuah syarikat atau sektor berfungsi, termasuk untuk melihat persaingan, kos pengeluaran, kapasiti inovasi dan trend pengguna. Sebagai contoh, jika pelabur melihat permintaan yang tinggi untuk kenderaan, keputusan yang baik adalah untuk melabur dalam syarikat yang mengeluarkan alat ganti kereta.

MDP-5572_1200x675_1.png

Contoh Kesan Makroekonomi Terhadap Pelaburan

Terdapat banyak contoh kesan makroekonomi merentasi pelbagai faktor, aspek, dan aktiviti ekonomi. Berikut adalah beberapa contoh yang paling terkenal:

  1. Kadar faedah: Dasar monetari bank pusat yang mempengaruhi kadar faedah adalah sangat penting dalam membuat keputusan pelaburan.

  2. Inflasi: Inflasi yang tinggi mengurangkan kuasa beli pelabur dan boleh mengurangkan pulangan sebenar aset mereka.

  3. Pertumbuhan ekonomi (KDNK): Pertumbuhan ekonomi yang kukuh adalah tanda persekitaran pelaburan yang kondusif, kerana syarikat berpotensi mengaut keuntungan yang lebih besar.

  4. Pengangguran: Kadar pengangguran mencerminkan kemantapan pasaran buruh. Tahap guna tenaga kerja yang tinggi menunjukkan peningkatan dalam penggunaan dan permintaan, yang memberi manfaat kepada syarikat serta pasaran saham.

  5. Dasar fiskal: Keputusan kerajaan mengenai cukai dan perbelanjaan awam mempengaruhi persekitaran pelaburan.

  6. Kadar pertukaran: Bagi mereka yang melabur secara global, kadar pertukaran matawang mempengaruhi nilai pelaburan mereka.

Contoh Kesan Mikroekonomi Terhadap Pelaburan

Sebaliknya, berikut beberapa contoh kesan mikroekonomi:

  1. Bekalan dan permintaan: Keputusan pelaburan dalam suatu syarikat dipengaruhi oleh peningkatan permintaan untuk produk atau perkhidmatan, dan bekalan yang diurus dengan baik turut menjadikan suatu syarikat tampak lebih menarik.

  2. Struktur pasaran: Melabur dalam syarikat yang beroperasi di pasaran dengan banyak persaingan berkemungkinan lebih berisiko, manakala syarikat yang mempunyai kuasa monopoli atau oligopoli cenderung menjana keuntungan yang lebih besar.

  3. Kos dan harga: Mikroekonomi membantu menganalisis cara syarikat mengurus kos dan menentukan harga. Melabur dalam syarikat yang boleh mengurus kos dengan cekap dan menaikkan harga tanpa kehilangan pelanggan mungkin lebih menguntungkan dalam jangka masa panjang.

  4. Teori dan fleksibiliti pengguna: Jika sesuatu produk mempunyai permintaan yang tidak fleksibel, pengguna akan tetap membelinya walaupun harganya meningkat, yang menarik minat pelabur.

  5. Kecekapan dan memaksimumkan keuntungan: Pelabur cenderung mencari syarikat yang mencapai kecekapan operasi, yang biasanya sinonim dengan margin keuntungan yang lebih tinggi.

  6. Daya saing: Analisis mikroekonomi membantu pelabur mengenal pasti syarikat yang lebih menarik dengan model perniagaan yang kukuh dan inovatif.

Kesan Makroekonomi dan Mikroekonomi terhadap Dasar Ekonomi

Makroekonomi dan mikroekonomi merupakan dua cabang yang mempengaruhi perancangan dan pelaksanaan dasar ekonomi sesebuah negara secara langsung. Dasar ini digubal untuk menjamin pertumbuhan yang mampan, kestabilan ekonomi, dan kecekapan dalam penggunaan sumber; masing-masing dengan cara yang berbeza.

MDP-5572_1200x675_2.png

Ciri-ciri Kesan Makroekonomi terhadap Dasar Ekonomi

Makroekonomi sangat penting dalam perancangan dasar ekonomi berskala besar, kerana ia memberi tumpuan kepada kestabilan dan pertumbuhan merentasi seluruh wilayah politik. Bank pusat dan kerajaan membuat keputusan berdasarkan indikator dan teori makroekonomi untuk mengatasi masalah-masalah utama. Berikut adalah beberapa bidang utama:

  • Dasar monetari: Mengawal jumlah wang dalam edaran dan kadar faedah untuk mempengaruhi inflasi, pertumbuhan ekonomi dan penciptaan pekerjaan.

  • Dasar fiskal: Mengurus perbelanjaan awam dan cukai untuk mempengaruhi permintaan agregat dan pertumbuhan ekonomi.

  • Dasar kadar pertukaran: Mengekalkan kestabilan matawang dan kadar pertukaran.

  • Mengawal pengangguran: Mengurangkan kadar pengangguran dan menggalakkan guna tenaga penuh.

  • Pertumbuhan dan kestabilan: Mengekalkan pertumbuhan ekonomi jangka panjang dengan kestabilan harga dan kadar pengangguran yang rendah.

Ciri-ciri Kesan Mikroekonomi Terhadap Dasar Ekonomi

Sebaliknya, mikroekonomi mempengaruhi perancangan dasar sektor tertentu yang mempengaruhi industri, pasaran, dan pelaku individu. Dasar ini bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan dan peruntukan sumber yang optimum. Berikut adalah beberapa bidang utama:

  • Dasar persaingan: Membantu mencegah penyalahgunaan kuasa pasaran oleh monopoli atau oligopoli dan menggalakkan persaingan yang adil.

  • Peraturan harga dan pasaran: Membantu penetapan had harga untuk barangan dan perkhidmatan penting, seperti tenaga atau ubat-ubatan.

  • Dasar subsidi dan cukai sektor: Membantu menggalakkan atau mencegah tingkah laku ekonomi yang tertentu.

  • Dasar buruh dan peraturan pasaran buruh: Bantu melindungi pekerja dan memperbaiki keadaan kerja.

  • Peruntukan sumber: Membantu meningkatkan kecekapan dalam penggunaan sumber dalam pelbagai sektor.

  • Perlindungan pengguna: Membantu memastikan pengguna menerima produk dan perkhidmatan yang selamat dan berkualiti.

MDP-5572_1200x675_3.png

Kesimpulan

Tidak kira jika anda seorang pelabur, terlibat dalam dunia kewangan, atau hanya ingin mengembangkan pengetahuan anda, kedua-dua cabang ekonomi ini saling melengkapkan dan diperlukan untuk pemahaman yang menyeluruh tentang cara ekonomi berfungsi. Makroekonomi memberikan gambaran besar yang berguna untuk mengejar kestabilan dan pertumbuhan ekonomi berskala besar, manakala mikroekonomi berguna utnuk mengoptimumkan pengalokasian sumber dan meningkatkan kecekapan dalam pasaran-pasaran tertentu.

Kedua-duanya sangat mempengaruhi keputusan pelaburan dan penggubalan dasar ekonomi yang bertujuan untuk mengimbangi kesejahteraan masyarakat dan pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Buat keputusan yang lebih bijak dan maksimumkan portfolio anda dengan memahami kesan makro dan mikroekonomi. Daftar sekarang dan mula melabur dengan yakin!

Daftar sekarang

Kongsi kepada rakan-rakan: