apa akan terjadi hari ini ?? EUR/USD masih di bawah tekanan Bearish - 27-01-2020
Berdasarkan pemerhatian pada hari ini, harga semasa pada pasangan matawang EUR/USD di lihat membuka candle hariannya dalam keadaan Bullish, namun berada di bawah tekanan trend Bearish yang jelas buat masa sekarang. Harga semasa pada minggu lepas berjaya membuat pelanggaran terhadap paras Trendline yang telah ditandakan seperti di dalam carta. Akibat dari pelanggaran ini, harga semasa terus membuat junaman dan menutup Candle harian di sekitar paras 1.10230. Oleh itu, saya menjangkakan bahawa harga semasa akan meneruskan penurunan untuk hari ini dan akan cuba mensasarkan sokongan pertama yang sekarang ini berada di paras 1.09929. Namun sasaran utama kita berada pada paras sokongan kukuh 1.08947. Pergerakan pada hari ini di jangka agak perlahan kerana pembukaan minggu yang baru.
Signal untuk hari ini
Sell at 1.10293
Sl: 1.10976
Tp: 1.08947