AUDCHF melanggar EMA200 - analisis - 21-02-2019
Pasangan AUDCHF hari ini dilihat telahpun melakukan terjunan dan melanggar paras sokongan kukuh yang diwakili oleh EMA200,buat masa sekarang harga dilihat sedang bergerak ke arah paras sokongan terdekat iaitu harga terendah 22 januari iaitu pada paras 0.70514.Melanggar paras ini akan terus membawa harga ke arah sokongan utama di paras 0.69638.Penurunan ini dilihat disokong oleh kesemua EMA yang sekarang ini berada diatas dan menolak harga ke arah bawah.Mengingatkan anda bahawa kegagalan melanggar paras sokongan pertama ini memungkinkan harga untuk naik semula dan menyentuh paras EMA200 diparas 0.71201
julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 0.70514 dan rintangan 0.71201
trend dijangka untuk hari ini : bearish