AUDUSD cuba menutup gap mei - analisis - 14-06-2019

Baca artikel ini di laman web FBS

AUDUSDH4.png

Pasangan AUDUSD hari ini dilihat sedang cuba melakukan pelanggaran pada tahap sokongan kukuh diparas 0.68976.Jika anda melihat carta pada jangka masa empat jam,anda boleh lihat bahawa pergerakan harga pada minggu ini sedang mencuba menutup gap yang berlaku sekitar 20 mei 2019.Walaupun pada dasarnya gap ini telah pun ditutup tetapi kita dapat lihat bahawa dikawasan ini terbentuknya suatu sokongan kukuh yang memberi gambaran awal kepada kita bahawa harga semasa sekarang berkemungkinan akan membuat penurunan dan mendekati kawasan sokongan ini.Oleh itu jangkaan kita untuk hari ini adalah untuk harga semasa mencari sokongan seterusnya yang terletak pada zon paras sokongan 0.68713-0.68616.Mengingatkan kepada anda bahawa,kegagalan untuk harga semasa melanggar paras sokongan di 0.68976 ini akan menyebabkan harga semasa akan membuat kenaikan semula dan menguji paras rintangan yang terletak pada paras 0.69313.Melanggar paras ini akan menyebabkan harga memasuki zon yang dijaga oleh MA iaitu disekitar zon 0.69521-0.69701

julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 0.68616 dan rintangan 0.69521

trend : bearish

Sifu Kaza

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.