AUDUSD dalam proses mendekati sokongan - analisis - 02-04-2019
Pasangan AUDUSD ketika artikel ini ditulis telah pun melakukan penuruan dan tidak jadi untuk menaik dan mendekati paras rintangan diatas.Saya menjangkakan bahawa penerusan trend menurun akan kekal dominan sekarang dan dilihat bahawa candle sedang mendekati paras sokongan terdekat disekitar paras 0.70703 - 0.70588.Penurunan hari ini disokong oleh kesemua EMA yang sekarang ini berada diatas dan memberi penolakan kepada harga semasa ke arah bawah.Mengingatkan anda bahawa melanggar paras sokongan terdekat ini akan membawa harga melawat harga terendah pada 7 mac iaitu pada paras 0.70070 manakala melakukan retracement pada sokongan itu akan membawa harga menaik dan menguji paras rintangan terdekat pertama yang diwakili oleh EMA100 diparas 0.70910 dan seterusnya mendekati EMA50 dan EMA200 diparas 0.71000.
julat dagangan unbtuk hari ini adalah sokongan 0.70588 dan rintangan 0.71000
trend : bearish