AUDUSD mencari sokongan utama - analisis - 16-05-2019
Pasangan AUDUSD hari ini masih lagi mengekalkan momentum trend penurunan harga.Penurunan pada hari ini disokong oleh kesemua moving average yang buat masa sekarang ini berada diatas paras harga semasa dan membuat penolakan harga.Jangkaan saya adalah bahawa harga semasa akan bergerak menuju ke arah harga terendah pada bulan januari 2019 iaitu disekitar paras 0.67439.Mengingatkan kepada anda bahawa melanggar paras sokongan utama ini akan membawa harga melawat paras harga terendah pada bulan februari 2009 iaitu disekitar paras 0.63570.Sebaliknya jika harga gagal untuk melakukan pelanggaran pada paras sokongan utama,maka harga akan membuat pull-back dan cuba untuk kembali menguji paras rintangan yang berada di paras 0.70079.Melanggar paras rintangan ini akan membawa harga semasa untuk melawat paras rintangan diparas 0.70779 yang buat masa sekarang ini diwakili oleh moving average 50.
julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 0.67439 dan rintangan 0.70079
trend : bearish