AUDUSD meneruskan penurunan - analisis - 10-07-2019

Baca artikel ini di laman web FBS

AUDUSDH4.png

Pasangan matawang AUDUSD untuk analisa teknikal hari ini melihatkan penurunan yang agak memberangsangkan.Jangkaan kita pada minggu ini adalah untuk harga semasa membuat penurunan sehingga ke arah sokongan utama diparas 0.68661.Dari segi trend,untuk hari ini dilihat harga semasa masih menyebelahi trend bearish.Indikator MA yang menjadi indikator utama kita pula menunjukkan kekukuhan diatas paras harga semasa dengan membentuk rintangan terkumpul.Manakala indikator stochcastik pula masih lagi mengekalkan kedudukan oversoldnya buat masa sekarang.Dari pemerhatian ini dapat kita rumuskan bahawa pergerakan untuk hari ini adalah lebih kepada penurunan.

Mengingatkan kepada anda bahawa,harga semasa akan terus membuat penurunan ke arah sokongan harga utama diparas 0.68661.Melanggar paras sokongan utama ini akan membuatkan harga meneruskan penurunan dan mendekati sokongan seterusnya yang berada diparas 0.68387.Sebaliknya jika harga semasa gagal melanggar zon sokongan harga semasa yang disebutkan maka harga semasa akan cuba mengubah trend dan membuat kenaikan ke arah zon rintangan terkumpul yang terbentuk pada paras rintangan 0.69650-0.69743.Melanggar zon rintangan terkumpul ini akan membatalkan trend bearish dan akan menyebabkan harga membuat trend bullish baru ke arah rintangan harga seterusnya yang terletak pada paras 0.70404

julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 0.68661 dan rintangann 0.69650

trend : bearish

Sifu Kaza

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.