Di antara inflasi, kenaikan kadar, dan perang: apa yang akan berlaku kepada EUR/USD?

Baca artikel ini di laman web FBS

EUR/USD jatuh ke paras 1.0756, paras terendah sejak bulan Mei 2020, disebabkan nada akomodatif Bank Pusat Eropah terhadap dasar monetari telah menambahkan tekanan kepada euro. Kemanakah sasaran seterusnya?

Apakah pendirian ECB berkenaan kenaikan kadar?

ECB mengekalkan kadar faedah dan tidak berubah seperti yang dijangkakan dan mereka telah mengesahkan bahawa program pembelian bon akan ditamatkan pada suku ketiga. Presidennya Christine Lagarde mengatakan bahawa "terlalu awal" untuk membincangkan dasar pengetatan polisi dan beliau juga menambah bahawa kenaikan kadar akan berlaku pada "satu ketika" selepas program pembelian aset (APP) tamat. Kenyataan tersebut menjamin dasar dovish yang berterusan atas beberapa sebab:

  1. Perang yang berterusan antara Rusia dan Ukraine mengakibatkan ekonomi di Eropah dan di luar negara terjejas.
  2. Kenaikan harga tenaga dan komoditi telah memberikan kesan kepada tahap permintaan dan telah mengakibatkan kelembapan dalam pengeluaran dan juga kenaikan inflasi.
  3. Gangguan dalam rantaian perdagangan dan bekalan menyebabkan kekurangan bahan dan input baharu.

ECB menekan euro, dan Fed menyokong dolar

ECB berpegang kepada dasar pelonggaran, itulah sebabnya EUR berada di bawah tekanan menurun, dan mungkin terdapat lebih banyak penurunan dalam jangka masa terdekat. USD, sebaliknya, menerima kekuatan daripada komen hawkish Fed.

Tidak seperti Fed, yang dijangka menaikkan kadar sebanyak 50 mata dalam mesyuarat bulan Mei dan sebanyak 25 mata pada setiap baki lima mesyuarat sepanjang tahun 2022, ECB tidak tergesa-gesa untuk menaikkan kadar. Fed membeli bon terakhirnya pada bulan Mac dan menaikkan kadar pada bulan yang sama. Tetapi bagi ECB, ia akan mengambil sedikit masa. Kenaikan kadar kali pertama untuk Zon Euro mungkin berlaku pada bulan September.

Mengapakah euro akan terus mengalami kejatuhan?

  1. Pendirian akomodatif ECB, walaupun mereka menaikkan kadar, tidak akan dapat menandingi Fed.
  2. Situasi membimbangkan di Eropah disebabkan oleh inflasi yang meningkat kepada paras tertinggi sepanjang masa sebanyak 7.5% dan kadar pertumbuhan yang perlahan di tengah-tengah krisis Ukraine.
  3. Harga minyak sedang bersedia untuk kenaikan harga seterusnya, dan bil tenaga akan terus meningkat bagi isi rumah di Eropah.
  4. Kebimbangan yang semakin meningkat tentang kemelesetan di kawasan euro.
  5. Kekuatan dolar AS, dan sokongan yang diterimanya: kitaran pengetatan paling ketara Fed dalam beberapa tahun, pemulihan kukuh dalam hasil Perbendaharaan AS, dan ketidaktentuan berterusan dalam pasaran global di tengah-tengah perang Rusia-Ukraine. Indeks Dolar (DXY) dijangka meneruskan kenaikannya selepas mengukuh di atas 100.00, paras tertingginya dalam tempoh hampir dua tahun.

Seterusnya apa pula untuk EUR/USD?

Selepas menurun di bawah paras 1.0800 buat kali pertama sejak bulan April 2020, carta menunjukkan bahawa keadaan bearish kekal utuh. Jika EUR/USD meneruskan kejatuhan di bawah paras 1.0800 (paras psikologi, terendah dalam tempoh dua tahun), tekanan penjualan teknikal akan bertambah dan menarik pasangan matawang tersebut menuju paras 1.0770, 1.0760, dan 1.0730. Sasaran penurunan besar seterusnya terletak di 1.0635, harga terendah sejak bulan Mac 2020.

Pandangan jangka pendek juga bearish, kerana pasangan matawang tersebut kekal berada di bawah purata bergerak.

eurusd-d1-fbs-inc.png

 LOG MASUK

Amira Mohey

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.