CAD/CHF memecahkan corak "segitiga" - 03-04-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang CAD/CHF pada hari ini dilihat telah berjaya memecahkan corak "segitiga" yang telah ditandakan pada analisa sebelum ini. Jika anda lihat pada carta diatas, harga semasa sekarang ini sedang cuba membuat Pullback ke arah garis trend yang telah ditandakan sebelum membuat sambungan kenaikan semula. Trend semasa juga telah mencadangkan kenaikan sementara ini. Oleh itu, kami menjangkakan kenaikan boleh berlaku pada hari ini. Sasaran awal kita terletak pada Indikator EMA200 yang sekarang ini mewakili paras rintangan kukuh harian di paras 0.69610. Menyentuh paras ini menunjukkan penutupan gap telah pun berlaku untuk gap pada awal Mac yang lalu.
Signal untuk hari ini
Buy CAD/CHF 0.68768
Sl: 0.68020
Tp: 0.69610