EURAUD tidak tentu arah, masih meneruskan sideway - 20-01-2020
Berdasarkan pemerhatian pada hari ini, pasangan matawang EUR/AUD pada hari ini masih tidak menunjukkan tanda-tanda pembentukan trend yang jelas. Harga semasa masih lagi meneruskan trend sideway yang tidak jelas semenjak minggu lalu. Akibat dari keadaan ini, kita tidak boleh membuat sebarang tindakan selanjutnya lagi dan harus meneruskan pemerhatian. Sikap neutral yang di lakukan oleh pasangan matawang ini sekarang tidak membolehkan kita meletakkan sebarang Entry. Namun pemerhatian selanjutnya boleh membantu kita untuk menentukan pergerakannya hari ini. Jika harga semasa membuat pelanggaran terhadap zon sokongan kukuh yang telah ditandakan iaitu di sekitar 1.61062-1.60880 maka harga semasa sudah memberi pengesahan lanjutan trend menurun, dan sasaran kita adalah sehingga ke paras sokongan kukuh di paras 1.59670. Sebaliknya, membuat pelanggaran terhadap rintangan kukuh 1.61649 akan membuatkan harga semasa membuat kenaikan sehingga ke paras rintangan utama mingguan di paras 1.62569.
Signal untuk hari ini
Sell stop 1.60880
Sl: 1.61649
Tp: 1.59670