EURUSD bakal meneruskan penurunan - 25-03-2019
Pasangan EURUSD hari ini dilihat sedang dalam proses membuat pembetulan ( correction ) ke arah rintangan terdekat disekitar paras 1.13179 sebelum membuat penerusan penurunan.Jangkaan saya untuk hari ini adalah paras harga semasa akan melawat paras sokongan terdekat diparas 1.12847 terlebih dahulu sebelum bergerak ke arah sokongan utama.Mengingatkan anda bahawa melanggar paras sokongan terdekat ini akan terus membawa harga ke arah sokongan utama diparas 1.11854 dan sebaliknya jika harga gagal melanggar paras sokongan terdekat ini maka harga akan kembali menguji paras rintangan terdekat yang telah disebutkan tadi.Kejayaan melanggar rintangan tersebut akan membawa harga naik ke arah rintangan kukuh diparas 1.14182
julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 1.11854 dan rintangan 1.14182
trend : bearish