EURUSD bergerak ke arah ema50 - Analisis - 06-05-2019

Baca artikel ini di laman web FBS

EURUSDDaily.png

Pasangan EURUSD membuka candle harian pada minggu ini dalam keadaan gap ke arah bawah sebanyak 30++pips sebelum melakukan penutupan semula gap dan sekarang ini saya menjangkakan,untuk membolehkan harga bergerak ke arah atas secara menyeluruh,harga mesti menutup keseluruhan GAP yang berlaku pada pagi tadi dan saya meletakkan satu kunci harga diparas 1.12003 sebagai paras yang perlu dilanggar oleh harga semasa untuk membolehkan harga terus bergerak mencari EMA50 yang sekarang ini membentuk rintangan dan mewakili paras harga 1.12555.Mengingatkan kepada anda bahawa,Melanggar EMA50 ini akan membawa harga terus bergerak ke arah EMA100 diparas 1.13115 dan seterusnya mencari EMA200 diparas 1.14154.Sebaliknya kegagalan melanggar paras EMA50 ini akan membawa pergerakan harga untuk membuat retracement ke arah sokongan kukuh yang terletak pada paras 1.11294.Trend keseluruhan masih lagi dikuasai oleh trend bearish buat masa ini.Kenaikan yang dijangkakan adalah bersifat sementara sahaja.

julat dagangan untuk minggu ini adalah sokongan 1.111294 dan rintangan 1.12555

trend : bullish

Sifu Kaza

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.