EURUSD bergerak pada paras trendline - analisis - 22-04-2019
Pasangan EURUSD membuka candle pada minggu ini dalam keadaan bearish pada pagi tadi sebelum melakukan perubahan trend ke arah atas setelah menyentuh trendline yang telah ditandakan seperti didalam carta.Saya menjangkakan bahawa jika harga cuba melanggar trendline tersebut hari ini maka harga akan turun dan mencari paras sokongan terdekat yang buat masa sekarang ini berada diparas 1.11948.Buat masa sekarang ini dapat dilihat bahawa EMA 100 berada berdekatan dengan harga semasa memberi tekanan kepada candle dari atas dan juga dari bawah.Jadi buat masa sekarang saya akan mengambil langkah memerhati sahaja dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan.Melanggar EMA100 hari ini menandakan usaha untuk menaik dan mencari paras rintangan yang sekarang ini terletak pada paras 1.13201.
julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 1.11948 dan rintangan 1.13201
trend : bearish