EURUSD dalam fasa retracement - analisis - 13-05-2019
Pasangan EURUSD menutup candle hariannya pada minggu lepas dalam keadaan bullish dan menyentuh paras rintangan yang diwakili oleh EMA50 diparas 1.12471.Candle pada minggu ini dibuka dalam keadaaan bearish dan saya menjangkakan bahawa momentum kenaikan untuk pasangan ini telah berkurang dan akan digantikan dengan momentum bearish,Jangkaan saya bahawa harga semasa akan cuba untuk melakukan penurunan kembali dan menguji paras sokongan yang terletak pada paras 1.11294 iaitu harga terendah bulan lepas.Mengingatkan kepada anda bahawa kegagalan melanggar EMA50 hari ini mengesahkan lagi jangkaan saya untuk harga menguji paras sokongan tersebut.Sebaliknya jika harga menyentuh dan berjaya melanggar EMA50 diparas 1.12471 tersebut maka harga akan cuba mendekati rintangan seterusnya yang buat masa sekarang diwakili oleh EMA100 iaitu disekitar paras 1.13027.Stokastik buat masa sekarang masih menunjukkan momentum untuk mencari overbought diatas paras 80-100.
julat dagangan untuk minggu ini adalah sokongan 1.11294 dan rintangan 1.13027
trend : bearish