EURUSD dijangka melakukan penurunan minggu ini - analisis - 29-04-2019
Pasangan EURUSD pada minggu ini membuka candle harian dalam keadaan bullish tetapi tidak terlalu bergerak agresif sehingga sekarang.Pergerakan pasaran untuk semua matawang dilihat tenang buat masa sekarang.Jika dilihat pada jangka masa daily ada berlaku sedikit GAP pada pembukaan pagi tadi.Saya menjangkakan bahawa pada minggu ini harga semasa akan masih kekal dominan untuk membuat penurunan dan akan cuba bergerak mencari paras sokongan di weekly yang mana saya nampak berada pada pembukaan GAP pada januari 2017 iaitu disekitar paras harga 1.07286.Mengingatkan kepada anda bahawa kegagalan menutup gap ini akan membawa harga menguji paras rintangan yang buat masa sekarang ini diwakili oleh EMA200 diparas rintangan 1.13431.Buat masa sekarang penurunan harga ini disokong oleh kesemua EMA yang sekarang ini berada diatas paras harga semasa dan cuba membuat penolakan drastik keatas harga semasa.
julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 1.07286 dan rintangan 1.13431
trend : bearish