EURUSD dijangka mendekati kawasan sokongan utama - analisis - 08-04-2019
Pasangan EURUSD hari ini dilihat dalam proses untu melengkapkan penurunan ke arah sokongan utama yang sekarang ini terletak diparas 1.11854.Tetapi sebelum itu saya menjangkakan bahawa akan ada pullback ke arah rintangan kecil yang terletak pada paras 1.12429 dahulu sebelum meneruskan penurunan ke arah destinasi utamanya di sokongan utama.Penurunan ini disokong oleh EMA100 dan EMA200 yang sekarang ini berada diatas dan cuba menolak harga ke arah bawah.Mengingatkan kepada anda bahawa melanggar paras rintangan diatas akan membawa harga mencari EMA100 diparas 1.12847.Manakala melanggar sokongan utama ini akan membawa harga melawat ke paras sokongan 1.11274 di daily timeframe.
julat dagangan harga untuk hari ini adalah sokongan 1.11854 dan rintangan 1.12847
trend : bearish