EURUSD ke arah harga tertinggi mac 2019 - analisis - 24-06-2019

Baca artikel ini di laman web FBS

EURUSDDaily.png

Pasangan EURUSD untuk analisa permulaan minggu ini dapat dilihat bahawa harga semasa telah pun melanggar rintangan kukuh pada paras 1.13339 iaitu harga tertinggi sekitar 12 jun yang lalu.Seterusnya candle harian juga telah melanggar kesemua MA yang menjadi rintangan tersembunyi dan kukuh dan buat masa sekarang ini kesemua indikator MA sedang berada dibawah dan menjadi satu daya tolakan kepada harga semasa untuk menaik ke arah atas lagi.Indikator stochcastik pula buat masa sekarang ini dalam proses memasuki zon 80-100 iaitu zon overbought.Selepas membaca dan mengkaji kesemua indikator ini dapatlah kita rumuskan bahawa pergerakan hari ini akan lebih menyebelahi pergerakan bullish dan sasaran utama kita buat masa sekarang terletak pada paras 1.14820.

Mengingatkan kepada anda bahawa,Melanggar paras rintangan 1.14820 ini akan menyebabkan harga semasa terus membuat kenaikan dan akan membuat lawatan keatas dua paras rintangan harga iaitu yang pertama diparas 1.15436 iaitu harga tertinggi pada 10 januari 2019 dan yang kedua pada paras 1.15923 iaitu harga tertinggi pada 16 oktober 2018.Sebaliknya jika harga semasa gagal melanggar paras rintangan diparas 1.14244 ini,maka harga semasa akan membuat penurunan dan kita dapat lihat bahawa harga semasa akan cuba mencari sokongan terdekat iaitu diparas 1.13339.Melanggar paras sokongan ini akan membawa kepada sentuhan dan percubaan melanggar diparas 1.12703 yang buat masa sekarang ini diwakili oleh MA100.

julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 1.12703 dan rintangan 1.14244

trend : bullish

Sifu Kaza

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.