EURUSD masih membuat penurunan - analisis - 03-06-2019

Baca artikel ini di laman web FBS

EURUSDWeekly.png

Pasangan EURUSD membuka candle mingguan pada minggu pertama bulan JUN 2019 ini dalam keadaan bullish,Melihat dalam bentuk trend bulanan,saya dapat merumuskan bahawa trend pada minggu ini masih lagi akan melakukan penurunan dan jangkaan kita adalah untuk harga semasa bergerak mencecah ke zon paras sokongan disekitar paras 1.08499-1.07318.Jika anda dapat rujuk didalam carta diatas,anda dapat melihat bahawa pada carta mingguan ini harga sedang bergerak dalam satu trendline penurunan harga dan candle mingguan berkemungkinan akan melengkapkan gelombang penurunan dengan menyentuh dahulu trendline ini.Saya menjangkakan kenaikan sementara akan berlaku dengan kenaikan akan mensasarkan rintangan kukuh diparas 1.12328.Mengingatkan kepada anda bahawa menyentuh paras ini akan memberikan petunjuk tentang pergerakan harga pada minggu ini.Menyentuh rintangan ini dan gagal melanggarnya akan mengesahkan jangkaan penurunan kita dengan sasaran pada minggu ini terletak pada ZON sokongan utama pada paras 1.08499-1.07318.Paras ini adalah paras GAP yang berlaku sekitar april 2017.Sebaliknya jika harga menyentuh paras rintangan ini dan melanggar trendline yang ditandakan,maka harga semasa akan cuba mencari rintangan kukuh di jangka masa mingguan iaitu diparas 1.13987 iaitu paras yang diwakili oleh MA50.

Julat dagangan untuk minggu ini adalah sokongan 1.07318 dan rintangan 1.13987

trend : bearish

sokongan 1 : 1.08499

sokongan 2 : 1.07318

rintangan 1 : 1.12328

rintangan 2 : 1.13987 

Sifu Kaza

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.