EURUSD membuat penurunan sementara - analisis - 27-05-2019

Baca artikel ini di laman web FBS

EURUSDH4.png

Pasangan EURUSD pada minggu ini dilihat membuka candle hariannya dalam keadaan bearish,Pada jangka masa 4 jam anda dapat melihat bahawa harga melakukan retracement di MA200 yang terletak disekitar paras harga 1.12108.Oleh itu,kita menjangkakan bahawa harga semasa akan membuat penurunan sementara sebelum harga membuat sambungan kenaikan pada sasaran rintangan utama kita 1.13200.Mengingatkan kepada anda bahawa,harga akan cuba mencari sokongan terdekat yang buat masa sekarang berada diparas 1.11890-1.11801 yang masing-masing paras harga ini diwakili oleh MA50 dan MA100.Melanggar kedua-dua MA ini akan membatalkan jangkaan kenaikan harga kita pada minggu ini dan kita akan melihat penerusan penurunan akan berlaku sehingga ke paras sokongan kukuh 1.11294.Sebaliknya jika harga semasa melakukan retracement di dua MA ini maka harga semasa akan menaik kembali dan menguji paras 1.12108 dan jika harga menguji paras ini dan melanggar nya maka harga akan membuat penerusan trend menaik dan jangkaan sasaran utama kita terletak pada paras 1.13200.

julat dagangan untuk minggu ini adalah sokongan 1.11294 dan rintangan 1.13200

trend : bullish

Sifu Kaza

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.