EURUSD menanti pengesahan - Analisis - 06-03-2018
Pasangan EURUSD terus melakukan turun naik ( fluctuate ) antara tahap utama yang diwakili oleh sokongan 1.2304 dan garis rintangan yang kini meningkat kepada 1.2420.Oleh itu,kami terus berkecuali hari ini sehingga harga berjaya melakukan breakout dimana-mana tahap yang telah dinyatakan tadi dengan menyatakan bahawa stokastik sekarang berada didalam zon overbought sekarang dan bercanggah dengan teknikal di EMA50 yang sedang menunjukkan momentum positif pada harga.Kami mengingatkan anda bahawa jika harga melakukan breakout di kawasan sokongan yang disebutkan tadi akan mendorong harga untuk melawat tahap pembetulan yang sekarang berada di fibonacci retracement 38.20% iaitu disekitar harga 1.2160 sekali lagi.Manakala pelanggaran tahap 1.2420 akan menolak harga kembali ke saluran kenaikan harga utama dan sasaran akan bermula pada 1.2536.
Jangkaan dagangan dijangka untuk hari ini antara sokongan 1.2250 dan rintangan 1.2430.
Trend yang dijangka untuk hari ini: Bergantung pada tahap yang disebutkan di atas