EURUSD mencari MA50 - analisis - 17-06-2019

Baca artikel ini di laman web FBS

EURUSDDaily.png

Pasangan EURUSD membuka candle harian pada minggu ini dalam keadaan Bullish.Melihat kepada kedudukan candle yang dibuka dan juga trend yang berlaku saya boleh katakan bahawa pada minggu ini pasangan matawang ini masih akan cuba membuat penurunan.Buat masa sekarang saya menjangkakan bahawa harga semasa akan cuba membuat percubaan kecil untuk menguji paras rintangan diparas 1.12325 yang buat masa sekarang ini diwakili oleh MA50.Mengingatkan kepada anda bahawa,melanggar paras rintagan ini akan menyebabkan harga terus membuat kenaikan dan akan cuba melawat paras rintangan seterusnya diparas 1.12703 yang buat masa sekarang ini diwakili oleh MA100.

Sebaliknya jika harga semasa telah menyentuh paras MA50 ini dan gagal melanggarnya,maka harga semasa akan meneruskan jangkaan kita untuk melakukan penurunan.Jangkaan awal kita adalah untuk harga semasa bergerak dan mendekati paras sokongan diparas 1.11277.Untuk pemerhatian anda,paras sokongan ini telah disentuh semenjak dua kali selama hampir 2 minggu dan masih lagi gagal untuk melakukan pelanggaran.Jika diperhatikan,paras ini adalah paras terendah semenjak 27 mei 2017.Jika harga berjaya melanggar paras ini pada minggu ini maka harga semasa akan terus membuat penurunan dan paras seterusnya yang akan dijangkakan adalah pada zon sokongan utama diparas 1.08499-1.07318

julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 1.11278 dan rintangan 1.13339

trend : bearish

Sifu Kaza

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.