EURUSD mendekati trendline - analysis - 11-09-2018
Pasangan EURUSD hari ini masih didalam keadaan turun naik ( fluctuation ) dan berada didalam "triangle pattern" yang telah ditandakan didalam carta.Harga semasa sekarang sedang berusaha untuk melakukan pelanggaran di EMA50 dan EMA200 untuk menyentuh paras 1.16695 iaitu garis trendline yang telah ditandakan.Jika berlaku pelanggaran di EMA50 dan EMA200 hari ini maka paras yang telah disebutkan tadi akan disentuh sebelum harga melakukan apa-apa perubahan trend semula.Sebaliknya jika harga melantun kebawah semula harga akan cuba mendekati paras 1.15609 atau paras sokongan 1.15397 sebelum melakukan apa-apa pergerakn besar.Jadi saya akan terus mencadangkan trend menurun untuk jangka masa empat jam untuk hari ini melainkan harga semasa melanggar paras rintangan yang telah disebutkan tadi.
julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 1.15397 dan rintangan 1.16695
trend yang dijangka untuk hari ini : bearish