EURUSD menuju EMA100 - analisis - 28-01-2019
Pasangan EURUSD hari ini membuka candle hariannya dalam keadaan bullish selepas menutup candle pada jumaat lepas diatas paras EMA 50.Saya menjangkakan harga semasa akan terus menuju ke arah paras EMA 100 diparas harga 1.14482.Kenaikan ini sekarang disokong oleh EMA50 sekarang yang menolak harga ke arah atas serta harga pada minggu lepas telah pun melanggar paras sokongan dibawah.Meingingatkan anda bahawa,melanggar paras EMA100 akan membawa harga terus keparas EMA200 yang sekarang ini berada diparas harga 1.15792.Sebaliknya jika harga berjaya melanggar paras ema50 maka harga akan mencari paras sokongan terdekat diparas 1.12988 iaitu harga terendah pada minggu lepas.
julat dagangan adalah sokongan 1.12988 dan rintangan 1.14482
trend : bullish