EURUSD menyentuh sokongan terdekat - analisis - 01-07-2019
Pasangan EURUSD pada pembukaan bulan julai ini menyaksikan kekuatan US dollar dengan memberikan penurunan yang agak agresif sekitar 46 pips.Ketika artikel ini ditulis candle harian telah pun melakukan pelanggaran terhadap sokongan terdekat diparas 1.13341.Saya menjangkakan bahawa akan ada pergerakan ke arah sokongan seterusnya diparas 1.13023.Melihat kepada trend besar,trend masih lagi didominasi oleh kekuatan bearish.Manakala kita menyaksikan pada jangka masa harian indikator MA sekarang sedang membentuk rintangan dan sokongan terhadap candle harian.MA 200 sekarang ini sedang menjadi benteng rintangan diatas sekitar paras 1.13607 dan MA100 dan MA50 sedang membentuk sokongan terkumpul didalam zon sokongan 1.12703.Indikator stochcastik pula dilihat dalam proses membuat penurunan bagi melengkapkan proses ke arah zon oversold diparas 20-0.Dari pemerhatian ini dapat saya rumuskan bahawa pada minggu ini kita akan menyaksikan penurunan ke arah sokongan utama
Mengingatkan kepada anda bahawa,jika harga semasa berjaya melawat paras sokongan terdekat kedua yang terletak pada paras 1.13023 maka harga akan seterusnya mendekati paras sokongan kukuh yang diwakili oleh dua MA buat masa sekarang ini iaitu MA50 dan MA100 yang berada dizon paras sokongan 1.12703.Sasaran utama kita pada minggu ini adalah pada paras sokongan 1.11278.Sebaliknya jika harga semasa setelah menyentuh zon sokongan kukuh diparas 1.12703 dan gagal melanggarnya maka saya menjangkakan akan berlaku kenaikan ke arah zon rintangan yang terdekat iaitu diparas rintangan 1.13341.Manakala melanggar zon ritnangan ini pula akan membawa harga menyentuh paras rintangan kukuh diparas 1.13607 yang buat masa sekarang ini diwakili oleh MA200.Melanggar rintangan kukuh ini akan membatalkan analisa kita untuk menurun dan akan menukar analisa kita kepada trend menaik dan sasaran utama kita adalah pada paras 1.14119
julat dagangan mingguan pada minggu ini adalah sokongan 1.11278 dan rintangan 1.14119
trend : bearish