EURUSD menyentuh trendline mingguan - analisis - 22-07-2019
Pasangan matawang EURUSD untuk analisa pembukaan minggu ini melihatkan pergerakan yang agak tenang selepas pagi ini harga semasa menyentuh sokongan kukuh diparas 1.12051.Jika diperhatikan,sokongan ini telah disentuh semenjak 18 JUN yang lalu sehingga sekarang tetapi masih lagi gagal untuk ditembusi.Ini menunjukkan bahawa paras ini adalah paras terkuat yang ada pada pasangan matawang ini.Dilihat pada trend,Minggu ini memungkinkan trend untuk menjadi BULLISH jika harga tidak berjaya menembusi sokongan yang disebutkan tadi.Indikator MA pula sekarang ini memberikan tekanan dari atas kepada harga semasa manakala Stochcastik menunjukkan pergerakan awal dibawah paras 50
Mengingatkan kepada anda bahawa,jika harga semasa gagal menembusi paras trendline dan sokongan yang sebutkan tadi,maka harga akan membuat kenaikan ke arah atas dan akan mensasarkan rintangan pertama yang terletak pada paras 1.12543 yang buat masa sekarang paras ini diwakili oleh MA50.Melanggar paras ini pula akan membawa harga mendekati paras rintangan seterusnya diparas 1.12699 yang buat masa sekarang ini diwakili oleh MA100.Sebaliknya jika harga menembusi paras sokongan yang disebutkan,maka harga semasa akan membuat penurunan ke arah sokongan kukuh yang berada pada paras 1.11278.Paras sokongan ini adalah paras terendah pada 30 MEI dan 26 APRIL.
julat dagangan untuk minggu ini adalah sokongan 1.11278 dan rintangan 1.12699
trend : bullish