EURUSD telah menyentuh sokongan utama - analisis - 29-10-2018
Pasangan EURUSD memulakan dagangan minggu ini dalam keadaan candle bearish dengan trend keseluruhan masih menunjukkan penurunan yang ketara.Dapat dilihat dengan jelas bahawa pada hari jumaat yang lalu harga telah pun menyentuh sokongan utama ( kotak hijau ) sebelum membuat kenaikan dan menutup candle harian dalam bentuk bullish.Untuk minggu ini saya menjangkakan kemungkinan akan berlaku kenaikan sementara untuk mencari rintangan terdekat iaitu diparas 1.14674 sebelum melakukan penurunan kembali.Manakala jika harga melakukan pelanggaran diparas ini harga akan melanjutkan perjalanan ke paras rintangan kecil di 1.15831 yang diwakili oleh EMA50 sekarang ini.
julat dagangan untuk minggu ini adalah sokongan 1.12967 dan rintangan 1.15831
trend dijangka untuk minggu ini : bearish