EURUSD terus melemah - analisis - 15-10-2018
Pasangan EURUSD minggu ini membuka candle harian dalam keadaan bullish tetapi ditekan oleh trend penurunan harga yang ketara dan EMA50 dan EMA200 yang sekarang ini menjadi rintangan kuat yang menjadi penyebab harga semasa sekarang masih lagi dalam keadaan berjaga-jaga sebelum melakukan sebarang pergerakan.Untuk hari ini kita harus perhatikan tahap 1.15397 sebagai sokongan terdekat yang harus dilanggar oleh harga semasa untuk membolehkan harga terus bergerak mendekati paras sokongan terdekat iaitu diparas 1.14518.Sebaliknya jika harga melakukan retracement diparas ini maka kemungkinan harga akan kembali mencari EMA50 dan EMA200 untuk mencuba membuat pelanggaran.
julat dagangan untuk minggu ini adalah sokongan 1.14518 dan rintangan 1.18115
trend dijangka untuk hari ini : neutral