GBPUSD mencari harga terendah 31 mei - analisis - 02-07-2019

Baca artikel ini di laman web FBS

GBPUSDH4.png

Pasangan GBPUSD untuk analisa hari ini melihatkan pergerakan yang masih lagi dikuasai oleh kekuatan bearish.dilihat pada kedudukan trend,Trend untuk pada minggu ini masih lagi mengekalkan kekuatan bearish yang jelas.Indikator MA pula hari ini masih lagi membentuk rintangan kukuh diatas paras harga semasa dan memberi tekanan kepada harga semasa untuk turun ke arah bawah.Manakala jika dilihat pada indikator stochcastik pula,kita dapat melihat bahawa harga sekarang telah pun memasuki zon oversold di sekitar zon 20-0.Ini memberi gambaran jelas bahawa harga semasa juga mempunyai kekuatan bullish yang sudah secara perlahan memasuki pasaran.

Mengingatkan kepada anda,kami menjangkakan bahawa harga semasa untuk hari ini akan cuba membuat penurunan ke arah harga terendah 31 mei 2019 iaitu disekitar zon sokongan 1.25803-1.25582.Melanggar paras zon sokongan kukuh ini akan memberikan gambaran jelas bahawa harga semasa akan cuba membuat penerusan penurunan ke arah zon sokongan utama pada minggu ini iaitu disekitar paras sokongan 1.25211-1.25042.Sebaliknya jika harga semasa gagal melanggar zon sokongan harga semasa diparas sokongan pertama iaitu harga terendah 31 mei ini maka harga semasa akan cuba membuat kenaikan dan sasaran pertama yang akan dituju oleh harga semasa adalah paras rintangan kukuh diparas 1.26788 yang buat masa sekarang ini diwakili oleh MA100 dan MA50.

julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 1.25582 dan rintangan 1.26788

trend : bearish

Sifu Kaza

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.