GBPUSD mencari Sokongan pertama - analisis - 24-04-2019
Pasangan GBPUSD hari ini masih mengekalkan dominan trend bearish yang dijangkakan semenjak minggu lepas lagi dan pada hari ini dilihat harga berkemungkinan akan mendekati paras sokongan kukuh pertama yang terletak pada paras 1.29003.Penurunan ini disokong oleh Kesemua EMA yang sekarang ini berada diatas dan menolak harga ke arah bawah.Mengingatkan keapda anda melanggar sokongan pertama ini akan membawa harga ke sasaran utama kita iaitu pada paras 1.27893.Sebaliknya jika harga melakukan retracement pada paras sokongan pertama,harga akan cuba naik dan menguji EMA200 dan EMA100 yang sekarang ini menjadi paras rintangan terdekat dan kukuh buat masa sekarang ini.Melanggar EMA ini akan membawa harga ke arah paras rintangan seterusnya diparas 1.31190
julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 1.29003 dan rintangan 1.31190
trend : bearish