GBPUSD mencari sokongan terdekat - analisis - 5-12-2018
Pasangan GBPUSD di H1 menunjukkan kekuatan menurun yang sangat jelas.Penurunan ini disokong oleh ketiga-tiga EMA yang sekarang ini berada diatas dan cuba menolak harga ke arah bawah.Saya menjangkakan bahawa harga akan terus mencari sokongan terdekat diparas 1.26876 sebelum kita dapat melihat sebarang pergerakan lain.Paras 1.26876 ini adalah harga terendah bagi 2018 dan telah disentuh sebanyak dua kali sebelum ini iaitu pada 15 ogos dan 30 oktober.Jadi kita akan menyaksikan paras ini disentuh kembali hari ini atau minggu ini.Meingatkan anda bahawa jika setelah menyentuh paras ini dan harga melakukan retracement maka harga akan mencari rintangan di paras 1.27313 manakala melanggar paras ini akan membawa harga untuk mencari harga terendah 2016 diparas 1.21529
julat dagangan adalah sokongan 1.266876 dan rintangan 1.27313
trend : neutral