Lufthansa: Saham Jatuh Menjelang Terbitan Tambahan

Baca artikel ini di laman web FBS

Apa yang akan berlaku?

Lufthansa akan mula menerbitkan saham tambahan untuk meningkatkan modalnya sebanyak €2.14 bilion, yang akan membantunya melunaskan bailout kerajaan ketika wabak COVID-19 memuncak. Industri penerbangan antara sektor yang paling teruk terjejas akibat lockdown dan sekatan perjalanan antarabangsa dan Lufthansa salah satu daripada beberapa syarikat penerbangan yang terpaksa mendapatkan bailout dari pihak kerajaan.

Lufthansa percaya bahawa wang ini akan membantu membayar balik bantuan negara bernilai € 9 bilion yang menyelamatkannya dari kebankrapan. Harga saham untuk terbitan tambahan ditetapkan pada kadar €3.58. Penerbitan saham baru ini akan bermula pada 22 September dan berlanjutan sehingga dua minggu selepas itu.

Keadaan kewangan semasa Lufthansa

Dalam penyata kewangan Q2, Lufthansa mengisytiharkan kerugian sebanyak €756 juta. Tahun lalu, ketika perjalanan udara di seluruh dunia terhenti akibat COVID-19, kerugian syarikat penerbangan ini telah mencecah €1.5 bilion.

Walaupun sekatan perjalanan ditangguhkan dan terdapat peningkatan tempahan, syarikat penerbangan Jerman itu mengatakan ia masih menjangkakan akan beroperasi pada tahun ini dengan kadar 40% dari kapasiti pra-krisis.

Analisis teknikal

Carta harian

#LHADaily.png

Harga turun sebanyak 25% pada 22 September dan menembusi aras sokongan €7, yang telah mengekang harga saham ini sejak 1993. Kami menjangkakan Lufthansa akan mencapai julat sokongan historikal terakhir di antara €4.5 dan €4.6. Tetapi sebelum itu, harga mungkin menguji semula aras sokongan sebelum ini dari bawah. Seperti yang kita boleh saksikan, sekarang RSI berada di zon oversold, sebab itulah kita menjangkakan harga akan kembali ke aras €7 lagi, sebelum ia membuat gerakan ke bawah yang seterusnya.

BERDAGANG SEKARANG

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.