NZDJPY mencari rintangan kukuh - analisis - 26-06-2019
Pasangan matawang NZDJPY untuk analisa hari ini dilihat telah pun membuat pelanggaran terhadap sisi rintangan-rintangan kukuh yang diwakili oleh MA100 dan MA200.Buat masa sekarang candle jangka masa empat jam masih lagi berusaha untuk melakukan pelanggaran terhadap MA200 secara sah.Saya akan menunggu pembukaan candle baru jangka masa empat jam untuk menentukan pengesahan kenaikan ini.Trend pada hari ini dilihat menyebelahi bullish setelah harga gagal membuat pelanggaran terhadap MA50 dibawah paras 70.786.Manakala indikator stochcastik pula membuat pergerakan tenang disekitar paras 80-100 dan dalam proses memasuki kembali zon overbought.Berdasarkan penglihatan saya terhadap semua petunjuk-petunjuk ini,saya dapat merumuskan bahawa pergerakan hari ini akan lebih memberi impak kepada trend bullish.
Meningatkan kepada anda bahawa,jika pada jangka masa empat jam candle baru dibuka diatas MA200,maka harga semasa akan cuba membuat kenaikan dan akan mendekati paras 71.912 sebagai paras rintangan kukuh yang pertama.Melanggar paras ini akan menyebabkan harga semasa bergerak ke arah rintangan utama pada minggu ini iaitu disekitar paras rintangan kukuh 72.242.Sebaliknya jika harga semasa untuk candle 4 jam yang baru nanti dibuka dibawah paras rintangan MA200 maka saya akan menjangkakan akan berlaku penurunan untuk pasangan matawang ini dan sasaran sokongan terdekat adalah pada paras MA100 diparas 71.177.Melanggar paras ini seterusnya,akan memberi tenaga kepada harga semasa untuk bergerak kembali untuk menguji paras rintangan 70.786 yang buat masa sekarang ini diwakili oleh MA50.
julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 70.786 dan rintangan 71.912
trend : bullish