NZDUSD bergerak perlahan - analisis - 30-05-2019
Pasangan NZDUSD hari ini dilihat bergerak perlahan dalam dagangan sesi eropah.Saya menjangkakan bahawa pasangan ini tidak akan melakukan sebarang pergerakan drastik buat masa sekarang.Jika dilihat pada pergerakan keseluruhan,dapat kita rumuskan bahawa pergerakan masih lagi dominan dalam keadaan trend menurun.Jadi buat masa sekarang saya mungkin menjangkakan akan ada sedikit kenaikan sementara sebelum harga semasa kembali meneruskan penurunan.Mengingatkan kepada anda bahawa harga semasa hari ini akan cuba untuk mencari zon rintangan kecil yang terletak pada paras 0.65488-0.65722.Memasuki zon ini akan memberikan kita petunjuk iaitu jika harga semasa melanggar zon rintangan kecil ini maka harga semasa akan terus membuat kenaikan dan mencari paras rintangan di tiga tahap yang berbeza iaitu di paras 0.66332 yang diwakili oleh MA50,paras 0.66921 yang diwakili oleh MA100 dan paras 0.67445 yang diwakili oleh MA200.Sebaliknya jika harga semasa tidak berjaya melanggar paras rintangan ini maka harga akan meneruskan penurunan harga dan akan kembali menguji paras sokongan 0.64918-0.64324.Memasuki zon sokongan ini dan melanggarnya akan membawa harga untuk melawat sokongan utama diparas 0.62647 iaitu harga terendah ogos 2015
julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 0.64324 dan rintangan 0.66332
trend : bearish