NZDUSD melanggar semua MA - analisis - 16-07-2019
Pasangan matawang NZDUSD untuk analisa hari ini menunjukkan pergerakan yang agak agresif.Dagangan sesi asia hari ini menunjukkan kenaikan sekitar 20 pips pada candle harian.dilihat pada trend,trend hari ini dikuasai oleh kekuatan BULLISH.Kenaikan untuk hari ini pula disokong oleh indikator MA yang sekarang ini berada dibawah paras harga semasa dan memberi tekanan ke arah atas untuk harga semasa membuat kenaikan.Indikator stochcastik pula berada pada kedudukan overbought untuk hari ini.Diatas semua pemerhatian ini dapat saya rumuskan bahawa harga semasa akan berkekuatan untuk membuat keniakan hari ini
Mengingatkan kepada anda bahawa,harga semasa akan cuba membuat pergerakan ke arah rintangan kukuh terdekat sekarang ini iaitu diparas 0.68198.Melanggar paras ini akan menyebabkan harga semasa akan terus bergerak ke arah sasaran utama kita diparas 0.68933.Sebaliknya jika harga semasa gagal untuk melanggar paras rintangan pertama iaitu diparas 0.68198 maka harga semasa akan membuat penurunan dan sasaran pertama kita adalah pada zon sokongan kukuh diparas 0.67115.Melanggar paras ini akan membawa harga memasuki zon sokongan utama diparas 0.65069
Julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 0.65069 dan rintangan 0.68198
trend : bullish