NZDUSD mencari sokongan kukuh - analisis - 12-06-2019
Pasangan NZDUSD hari ini telah pun melakukan pelanggaran terhadap kesemua MA yang sekarang ini memberi tekanan kepada harga dari bawah.Buat masa sekarang ini pasangan ini telah memasuki zon sokongan harga diparas 0.65722-0.65488.Jangkaan saya adalah untuk harga terus mendekati sasaran utama kita pada minggu ini iaitu diparas 0.65014.Mengingatkan kepada anda bahawa,melanggar zon sokongan kukuh tersebut akan memberikan kekuatan kepada harga semasa untuk mendekati paras sasaran utama kita iaitu disekitar zon sokongan 0.65014-0.64949.Sebaliknya jika harga tidak berjaya melanggar zon sokongan kukuh yang ada sekarang ini,maka harga semasa akan cuba untuk membuat kenaikan dan menguji paras rintangan harga yang buat masa sekarang ini diwakili oleh kesemua MA,melanggar kesemua MA ini akan menyebabkan harga meneruskan kenaikan dan mensasarkan paras rintangan kukuh terdekat di paras 0.66332 sebagai sasarannya.
julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 0.65488 dan rintangan 0.66332
trend : bearish