NZDUSD menyentuh MA200 - analisis - 01-07-2019

Baca artikel ini di laman web FBS

NZDUSDDaily.png

Pasangan NZDUSD pada pembukaan bulan julai dan hari ini menyaksikan penurunan setelah menyentuh paras MA200 iaitu antara rintangan kuat diparas 0.67174.Buat masa sekarang saya melihat bahawa harga akan membuat percubaan penurunan harga untuk minggu ini dan sasaran utama kita adalah pada sekitar zon sokongan utama disekitar paras 0.65722-0.65488.Indikator MA pada hari ini pula menunjukkan pembentukan kawasan rintangan dan sokongan berdekatan harga semasa.MA200 sekarang ini membentuk rintangan kukuh diparas 0.67174 manakala MA100 dan MA50 masing-masing membentuk sokongan kukuh diparas 0.66611 dan 0.66198.Indikator stochcastik pula menunjukkan proses penurunan berkemungkinan bakal berlaku kerana sekarang ini harga semasa sudah berada diparas overbought dan sedang menunjuk ke arah bawah.Dari pemerhatian ini kita dapat merumuskan bahawa berkemungkinan trend untuk minggu ini adalah lebih kepada bearish.

Mengingatkan kepada anda bahawa,harga semasa buat masa sekarang akan cuba melawat paras sokongan terdekat iaitu diparas 0.66611 yang buat masa sekarang ini diwakili oleh MA100.Melanggar paras ini akan membawa harga menurun dan melawat MA50 yang sekarang ini mewakili paras 0.66198.Melanggar dua paras ini akan mendekatkan harga semasa ke arah sokongan utama kita hari ini iaitu di zon paras sokongan disekitar paras 0.65722-0.65488.Sebaliknya jika harga semasa setelah menyentuh paras sokongan di MA100 gagal melanggar paras tersebut,kita dapat menjangkakan bahawa harga semasa akan cuba menguji paras rintangan di MA200 iaitu diparas 0.67174.Kejayaan melanggar MA200 ini akan menyebabkan analisa terkini kita terbatal dan akan melihat kepada kenaikan harga semasa ke arah rintangan utama di zon rintangan harga 0.69164-0.69873

julat dagangan untuk minggu ini adalah rintangan 0.69164 dan sokongan 0.65722

trend : bearish

Sifu Kaza

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.