NZDUSD tersepit diantara MA - analisis - 09-07-2019

Baca artikel ini di laman web FBS

NZDUSDH4.png

Pasangan matawang NZDUSD untuk analisa hari ini dilihat sedikit sideway apabila tersepit diantara MA50 dan MA100.Pergerakan seperti ini memberi gambaran kepada kita bahawa harga masih lagi tidak melakukan pergerakan yang agak agresif semenjak minggu lepas.Dilihat pada kedudukan trend,trend masih lagi tidak ditunjukkan untuk hari ini dan pergerakan hari ini dianggap mendatar sahaja.Indikator MA pula untuk hari ini berada pada sekitar candle semasa dan memberi pertahanan dari atas dan bawah.Manakala indikator stochcastik pula sedang menunjukkan kenaikan dan akan ke arah tahap 50.Boleh saya rumuskan oleh petunjuk yang diberikan diatas bahawa pasangan matawang ini akan membuat pergerakan mendatar sahaja pada hari ini.

Mengingatkan kepada anda bahawa,jika harga semasa melanggar paras sokongan diparas 0.66187 iaitu sokongan dan juga benteng yang ditahan oleh MA200 maka harga semasa akan cuba membuat penurunan ke arah bawah dengan sasaran utamanya terletak pada zon sokongan harga yang kini berada diparas 0.65722-0.65488.Sebaliknya jika harga semasa tidak berjaya melanggar paras sokongan dibawah,maka harga semasa akan membuat kenaikan dan akan cuba melanggar rintangan dari atas diparas 0.66392 dan 0.66544 yang mana masing-masing diwakili oleh paras MA100 dan MA200.Melanggar dua paras MA ini akan membawa harga mencari sasaran utama rintangan kita yang sekarang ini berada pada paras 0.67178.

julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 0.65722 dan rintangan 0.67178

trend : neutral

Sifu Kaza

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.