NZDUSD teruskan penurunan - analisis 14-05-2019

Baca artikel ini di laman web FBS

NZDUSDDaily.png

Pasangan NZDUSD hari ini dilihat masih lagi meneruskan penurunan secara drastik ke arah mencari sokongan utama diparas 0.64377.Paras sokongan utama ini adalah paras terendah pada oktober 2018.Penurunan ini dilihat disokong oleh kesemua moving average yang sekarang ini berada diatas dan menjadi rintangan kukuh diatas dan menolak harga ke arah bawah.Buat masa sekarang harga sedang menguji paras rintangan kecil diparas 0.65908,kegagalan melanggar paras ini akan mengesahkan jangkaan penurunan kita dan sasaran pertama adalah pada paras 0.65108 sebelum ke arah 0.64377 sebagai kawasan sokongan utama kita.Menyentuh paras sokongan 0.65108 ini akan menentukan pergerakan seterusnya bagi pasangan ini.Mengingatkan kepada anda bahawa kegagalan melanggar paras sokongan yang disebutkan tadi akan menyebabkan harga membuat retracement dan akan kembali menguji paras rintangan terdekat yang berada pada paras 0.65908,melanggar paras rintangan ini akan membawa harga terus melawat paras 0.67137 yang buat masa sekarang diwakili oleh moving average 200.Sebaliknya jika harga berjaya melanggar paras sokongan tersebut maka harga akan terus mengesahkan penurunan dan mendekati paras sasaran sokongan utama diparas 0.64377

julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 0.64377 dan rintangan 0.67137

trend : bearish

Sifu Kaza

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.