RBNZ Hawkish, inflasi Masih Di Puncak Pasaran

Baca artikel ini di laman web FBS

FundaMental

Inflasi New Zealand kekal pada paras tertinggi 32 tahun pada suku ketiga sekali gus mengukuhkan jangkaan bahawa bank pusat akan terus menaikkan kadar faedah secara agresif.

Walaupun data yang dikeluarkan statistik New Zealand menunjukkan indeks harga pengguna (CPI) tahunan susut kepada 7.2% daripada 7.3% yang dicatatkan pada suku kedua, namun ia masih jauh dari sasaran bank pusat.

Malah,ia juga meleset daripada jangkaan pasaran untuk menurun lebih rendah kepada 6.5% pada suku tersebut.

Sementara dari suku ke suku, inflasi mingkat kepada 2.2% pada suku ketiga daripada 1.7% pada suku kedua.

Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) sebelum ini memberitahu bahawa ia tidak melihat inflasi akan kembali kepada julat sasaran 1.3% sehingga pertengahan 2024 walaupun telah menaikan kadar faedah dengan agresif.

GBPAUDH1.png

Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada Pasangan mata wang GBPAUD pada hari ini di lihat dalam perjalanan menuju Support terdekat 1.79060 - 1.78760. Dan di jangka akan membuat kenaikan untuk mencari Resistance terdekat 1.79940, Jika harga semasa berjaya menembusi Resistance tersebut maka harga semasa akan membuat kenaikan lagi untuk menguji Resistance seterusnya berada di sekitar harga 1.80820.

Muhamad Risal Bin Jamal

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.