USDCHF bergerak ke arah rintangan kukuh - analisis - 15-05-2019
Pasangan USDCHF dilihat telah pun menyentuh paras sokongan harga pada paras 1.00570 sebelum melakukan retracement menaik.Saya masih melihat bahawa pasangan ini masih berkekuatan untuk menurun ke arah bawah dan mencapai sasaran utama saya iaitu diparas sokongan 0.99693.Buat masa sekarang kenaikan yang berlaku dianggap sebagai kenaikan sementara sebelum harga semasa melakukan penurunan yang lebih drastik.Mengingatkan kepada anda bahawa harga semasa akan mensasarkan MA 200 yang sekarang ini mewakili rintangan kukuh diparas 1.01098.melanggar paras ini akan membawa harga mendekati paras rintangan seterusnya diparas 1.01298.Sebaliknya kegagalan melanggar paras MA200 ini akan membawa harga meneruskan kembali penurunan dan menguji kembali paras sokongan yang disentuh sebelum ini iaitu diparas 1.00570.Melanggar paras sokongan ini akan mengesahkan lagi penerusan penurunan harga ke arah sasaran utama kita diparas sokongan 0.99693
julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 1.00570 dan rintangan 1.01098
trend : bearish