USDCHF melanggar garis trend - analisis 20-06-2019
Pasangan USDCHF untuk analisa hari ini telah pun dilihat melanggar garis trend yang telah ditandakan untuk analisa kita semalam.Dari segi trend,pelanggaran garis trend ini mengesahkan penurunan harga semasa untuk hari ini.Penurunan hari ini juga disokong oleh kesemua indikator moving average yang sekarang ini berada dibawah dan menolak harga ke arah bawah.Dilihat pada indikator stochcastik pula,sekarang ini indikator ini berada didalam zon oversold.Kemungkinan indikator stochcastik akan kekal berada didalam zon ini buat masa ini.Dari semua petunjuk ini,dapat kita rumuskan bahawa harga semasa untuk pasangan matawang ini hari ini berkemungkinan akan membuat penurunan harga.
Mengingatkan kepada anda bahawa,harga semasa akan cuba bergerak ke arah zon sokongan harga semasa yang berada pada paras sokongan kukuh 0.98653.Melanggar paras ini akan memberi tekanan kepada harga semasa untuk harga turun lagi dan mencari sokongan seterusnya yang dapat dilihat pada jangka masa harian iaitu disekitar paras sokongan 0.98061.Sebaliknya jika hari ini,harga semasa gagal untuk melakukan pelanggaran pada paras sokongan kukuh yang disebutkan,maka harga semasa akan cuba membuat kenaikan dan kawasan pertama yang akan diuji oleh harga semasa adalah paras rintangan 0.99085.Melanggar paras rintangan ini akan menyebabkan harga semasa meneruskan kenaikan dan mendekati paras rintangan seterusnya diparas 1.00144
julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 0.98061 dan rintangan 1.00144