USDCHF menyentuh rintangan kukuh - analisis - 12-03-2019
Pasangan USDCHF dilihat telah menyentuh paras rintangan 1.01178 sebanyak dua kali semenjak beberapa hari lalu dan masih tidak berjaya untuk melakukan pelanggaran sempurna untuk mencari paras rintangan tertinggi yang sekarang ini terletak pada paras 1.01680.Paras ini adalah paras tertinggi pada 5 mac 2017.Jadi untuk hari ini kita akan meletakkan paras 1.01178 sebagai penanda aras bahawa jika melanggar paras ini harga akan terus naik dan mencari paras tertinggi 5 mac iaitu pada paras 1.01680.Kegagalan melanggar paras rintangan terdekat ini akan menyebabkan harga turun dan mendekati paras sokongan terdekat yang terletak pada paras 1.00717.Melanggar paras sokongan ini akan membawa harga mendekati EMA50 diparas 1.00389.
julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 1.00256 dan rintangan 1.01680
trend : bullish