USDJPY cuba menutup GAP - analisis - 06-05-2019
Pasangan USDJPY minggu ini membuat pembukaan GAP yang agak besar sekitar 78pips.Candle pada jangka masa empat jam menunjukkan bahawa candle semasa sedang cuba untuk melakukan penutupan gap yang mana paras penutupannya ada pada paras 111.074.Mengingatkan kepada anda bahawa jika harga ingin melakukan penutupan gap,harga semasa harus melanggar dahulu paras rintangan SBR yang sekarang ini berada pada paras 110.869.Melanggar paras SBR ini akan memberi pengesahan kepada kita bahawa harga semasa akan bergerak untuk menutup gap diparas 111.074.Kegagalan melanggar paras SBR ini akan membawa kepada retracement kepada harga semasa dan membawa harga meneruskan penurunan dan mendekati paras sokongan utama yang sekarang ini disasarkan pada paras 109.912.Melanggar paras ini akan membawa kepada penerusan trend menurun yang mana sasaran utamanya ada pada paras terendah bulan januari 2019 iaitu disekitar paras 107.623
julat dagangan untuk minggu ini adalah sokongan 109.912 dan rintangan 111.915
trend : bearish