USDJPY gagal melanggar MA50 dan MA100 - analisis - 17-07-2019

Baca artikel ini di laman web FBS

USDJPYH4.png

Pasangan matawang USDJPY untuk analisa hari ini menunjukkan kegagalan beberapa kali dalam melanggar sokongan harga kukuh diparas 108.188 yang buat masa sekarang ini diwakili oleh MA50 dan MA100.Jika dilihat didalam carta kita dapat saksikan bahawa hampir 3 kali percubaan telah pun dilakukan dan kita dapat rumukan bahawa harga masih lagi gagal dan sokongan yang disebutkan tadi adalah sokongan kukuh buat masa sekarang ini.Jika dilihat tentang trend,Trend untuk hari ini dilihat bullish.Kenaikan hari ini dilihat disokong oleh kekuatan MA50 dan MA100 yang membentuk sokongan kukuh dan memberi tekanan dari bawah kepada harga semasa.Manakala indikator stochcastik pula dilihat sedang berada disekitar kawasan overbought dan cuba membuat penurunan hari ini.

Mengingatkan kepada anda bahawa,jika harga semasa berada pada paras sokongan yang disebutkan tadi dan gagal untuk melanggarnya,saya akan menjangkakan akan berlaku kenaikan terhadap pasangan ini.Ketika artikel ini ditulis candle 4 jam yang baru telah pun dibuka dan masih lagi menunjukkan tanda-tanda untuk gagal melanggar MA yang disebutkan.Jika harga membuat kenaikan sebentar lagi,saya menjangkakan bahawa harga akan membuat kenaikan sehingga ke paras rintangan kukuh diparas 108.435 yang buat masa sekarang ini diwakili oleh MA200.Melanggar zon rintangan ini akan membawa harga melakukan penerusan kenaikan ke arah rintangan 108.908.Sebaliknya jika harga berjaya melanggar 2MA yang disebutkan tadi,maka akan berlaku penurunan harga ke arah sokongan kukuh terdekat yang buat masa sekarang berada pada paras 107.855.

julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 107.855 dan rintangan 108.435

trend : bullish

Sifu Kaza

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.