USDJPY masih dibawah paras rintangan kukuh - analisis - 24-06-2019
Pasangan USDJPY untuk pembukaan candle mingguan dan analisa hari ini dilihat sedang membuat kenaikan tetapi candle harian pada hari ini masih dibuka dibawah zon rintangan kukuh harga iaitu diparas 107.630-108.030.Indikator MA juga sekarang ini masih lagi mengekalkan kedudukannya diatas paras harga semasa dan membuat penurunan ke arah bawah.Sekarang ini tiada apa-apa halangan untuk harga semasa turun ke arah sokongan utama yang kita sasarkan pada minggu ini tetapi saya melihat bahawa berkemungkinan harga semasa akan cuba membuat retracement kecil dengan menyentuh paras zon rintangan yang berada diatas sebelum membuat penurunan terus ke arah bawah.Kita dapat rumuskan untuk hari ini bahawa trend masih lagi menyebelahi bearish pada minggu ini.
Mengingatkan kepada anda bahawa,jika harga semasa menyentuh paras rintangan 107.630-108.030 ini dan gagal melanggarnya,maka harga semasa akan cuba membuat penurunan ke arah bawah dan akan meneruskan perjalanannya ke arah sasaran utama kita yang buat masa sekarang ini terletak pada paras sokongan utama 104.714.Melanggar paras ini akan menyebabkan harga semasa akan terus membuat penurunan dan jangkaan kita adalah untuk harga semasa bergerak ke arah sokongan utama bulanan yang terletak pada paras 101.039.Sebaliknya jika harga semasa berjaya melanggar zon paras rintangan diatas maka harga semasa akan cuba membuat kenaikan dan akan mencari rintangan kukuh terdekat iaitu diparas 108.822.Melanggar rintangan kukuh ini akan menyebabkan harga semasa akan cuba mendekati zon rintangan seterusnya yang berada diparas 110.142-110.478
julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 104.714 dan rintangan 108.822
trend : bearish