USDJPY melanggar zon rintangan utama - analisis - 09-07-2019
Pasangan matawang USDJPY untuk analisa hari ini dilihat telah pun melanggar zon rintangan harga yang kini menjadi zon sokongan harga iaitu diparas 108-694-108-522.Jangkaan hari ini lebih tertumpu ke arah kenaikan harga semasa ke arah rintangan seterusnya yang berada diparas 109.235.Kenaikan hari ini pula dilihat disokong oleh kesemua indikator MA yang sekarang ini berada dibawah paras harga semasa dan menolak harga naik ke arah atas.diatas semua faktor ini,untuk analisa hari ini saya mencadangkan bahawa akan berlaku kenaikan bagi pasangan matawang USDJPY.
Mengingatkan kepada anda bahawa,jika harga semasa membuat penurunan,harga akan kembali memasuki zon sokongan harga diparas 108.694-108.522.Kegagalan melanggar zon sokongan ini akan membawa harga semasa ke arah kenaikan seperti yang dijangkakan dan sasaran utama kita adalah pada paras rintangan kukuh diparas 109.235.Melanggar paras rintangan kukuh ini akan memmbawa harga mencari sasaran utama rintangan kita diparas 109.734.Sebaliknya jika harga berjaya melanggar zon sokongan harga terdekat ini maka harga akan kembali membuat penurunan dan sasaran utama kita adalah pada zon paras sokongan diparas 108.019-107.630
julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 107.630 dan rintangan 109.734
trend : bullish