USDJPY mendekati moving average 100 - analisis - 21-05-2019
Pasangan USDJPY hari ini dilihat dalam proses mendekati paras rintangan kukuh diparas 110.466 yang buat masa sekarang ini diwakili oleh moving average 100.Setelah menyentuh paras sokongan diparas 109.278 pada minggu lepas,dilihat pasangan matawang ini melakukan retracement yang jelas menandakan perubahan trend untuk seketika.Jangkaan saya adalah untuk harga melakukan retracement sehingga ke paras rintangan di moving average 50 yang mewakili tahap 111.018.Ditahap ini anda boleh lihat berlakunya sebelum ini gap dan bergeraknya harga semasa ke harga tersebut membolehkan gap yang berlaku ditutup.Penutupan gap akan memberi petunjuk seterusnya tentang pergerakan pasangan matawang ini.Mengingatkan kepada anda bahawa jika harga berjaya melanggar moving average 100 harga akan terus mencari moving average 50 dan moving average 200 yang masing-masing terletak pada paras 111.018 dan 111.413.Sebaliknya jika harga gagal untuk melanggar paras rintangan di MA100 ini maka harga akan membuat pull back ke arah bawah dan akan kembali menguji kawasan zon sokongan harga kukuh disekitar paras 109.278-108.846
julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 109.278 dan rintangan 110.466
trend : bullish