USDJPY meneruskan perjalanan ke arah sokongan utama - analisis - 13-05-2019
Pasangan USDJPY pada minggu lalu menutup candle hariannya dalam keadaan bullish tetapi tidak melepasi rintangan 109.912.Pada minggu ini pula candle harian dibuka dibawah paras rintangan ini dan menyebabkan saya menjangkakan pada minggu ini berkemungkinan akan ada penerusan trend dari pasangan ini.Mengingatkan kepada anda bahawa Sasaran utama kita pada minggu ini adalah pada paras 108.541 iaitu harga terendah pada bulan februari 2019.Pengesahan penurunan akan disahkan jika candle harian pada hari ini membentuk momentum sell,sebaliknya jika harga masih cuba untuk menguji paras rintangan 109.912 saya akan mengambil langkah berjaga-jaga dan memerhatikan dahulu pasangan ini.Melanggar rintangan ini akan membawa harga mendekati paras 110.869 yang mana paras ini adalah paras penutupan gap yang dibuat pada minggu lepas.Menutup gap pula akan membawa harga ke arah rintangan utama iaitu diparas 111.915.
julat dagangan untuk minggu ini adalah sokongan 108.541 dan rintangan 111.074
trend : bearish