USDJPY menyentuh sokongan pertama - analisis - 19-03-2019
Pasangan USDJPY hari ini dilihat telah pun melanggar paras sokongan pertama yang telah ditandakan pada minggu lepas iaitu diparas 111.158.Saya sekarang sedang menunggu sama ada harga semasa akan melakukan pelanggaran atau melakukan retracement.Mengingatkan kepada anda bahawa melanggar paras ini akan membawa harga mencari EMA200 yang sekarang ini mewakili harga 110.775 dan penurunan untuk hari ini dilihat disokong oleh EMA50 dan EMA100 yang sekarang ini berada diatas dan menekan harga ke arah bawah.Sebaliknya kegagalan melanggar paras ini akan membawa harga menaik dan melawat tahap 111.353 dan 111.396 masing-masing diwakili oleh EMA50 dan EMA100.Melanggar dua paras ini akan membawa harga terus ke arah rintangan utama diparas 112.001
julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 110.775 dan rintangan 112.001